Tuesday, April 20, 2021

4 Fakta Tentang Samurai Paint


4 FAKTA PENTING YANG KORANG KENA TAHU 

PASAL SAMURAI PAINT MALAYSIA

More info about samurai paint : Spray Product

1. Samurai Spray Paint Boleh di Aplikasikan pada permukaan lain selain motor & kereta.

Sebelum ni cat samurai paint hanya boleh di aplikasikan pada motorsikal & kereta. Setelah di semak semula oleh team samurai paint, buat masa ni samurai spray paint selamat digunakan di pelbagai permukaan termasuk plastik, logam, seramik, konkrit, kanvas, papan partikel dan lain2. Tapi korang jangan la pandai2 spray lepastu makan pulak. benda ni tak elok ye.


2. Salah satu Aerosol Paint yang tahan merekah & tahan Petrol.

Samurai Spray Paint ni sudah terbukti tahan merekah & tahan Petrol sebab dalam kandungan cat tu ada satu agent yang membantu cat ni untuk tahan dari petrol & merekah.


3. Satu-satunya Aerosol Paint 2 Komponen dalam satu tin di ASIA.

Hanya di Samurai Paint Malaysia korang akan jumpa tin yang ada 2 punat atau nozle atas bawah bagi cat yang berkomponen 2. Aku di fahamkan cat ni lagi tahan daripada cat samurai paint yang biasa. Dorang akan cadangkan untuk mulakan cat diorang ni dgn 2k04 Samurai Paint Epoxy Surfacer & Habiskan dengan cat 2k01 Samurai Paint Clear.


4. Satu-satunya Aerosol Paint yang turun padang bersama-sama yang lain demi mengajar & mendidik orang macamana nak buat income dengan samurai paint.

Dorang ada buat program agent & membership untuk membantu gologan yang memerlukan duit dengan modal yang serendah RM500 & korang akan dapat benefit yang lebih dari tm500.


Ni ada beberapa RUJUKAN LINK Samurai spray paint yang korang boleh tengok :

More info about samurai paint : Spray Product

Shopee Samurai Paint : shopee.com.my/samuraipaintmalaysia




K


K

Design Ala2 Marvel

 

Selamat Kembali!!

Okay Geng Samurai Paint, 

Dalam blog kalini aku nak share dgn korang pasal Tape-ing. Tape yang aku selalu cadangkan pakai masking tape jenis pape tak kisah janji masking tape.

Ok masking tape ni ada saiz dia start dari 1mm sampailah ke yang paling besar sekali. Biasanya aku beli yang 3mm, 5mm , 12mm dgn 48mm. Sebabnya setiap masking tape ni ada fungsi tertentu. Kalau yang 3mm & 5mm selain daripada untuk buat garisan yang kemas, kita boleh guna dia untuk buat bending atau lengkungan.

Okay setakat ni faham kan pasal masking tape?

More info about samurai paint : Spray Product

Aku nak sambung art yang aku pernah buat bersama2 kawan aku Arip. Ni kitorang amek ilham dari movie marvel tu. Then mula la aku start gosok part yang mana aku nk design. Ni ha hasilnya projek daripada kami :



Step 1 : Penyediaan bahan & Spray Samurai Epoxy Surfacer 2k04

(untuk tutup kesan calar halus & matikan cat lama.)

Korang nak Gosok buang clear lama utk elakkan cat surfacer atau apa2 yang ada pada set tu jadi merekah atau menggigit.


Step 2 : Keringkan Spray Samurai Epoxy Surfacer 2k04 

(biasanya proses kering sejam ikut cuaca) 

Lepastu licinkan pakai ketas pasir 800 - 1500


Step 3 : Spray warna Samurai Paint Hitam kod 30/109 (Biarkan kering 15-30min)

Ni untuk jadikan warna yang seterusnya lagi mampat & lagi naik. kalau korang nak pakai warna samurai paint silver pon boleh jugak.


Step 4 : Start tampal 3mm punya masking untuk jadikan rangka untuk kita rujuk nanti

Haa kan dah nampak bentuk lepastu baru boleh plan untuk warna.


Step 5 : Spray Samurai Paint Sparkling Silver kod 39 utk 

dijadikan undercoat untuk warna seterusnya (Biarkan kering 15-30 min).

Sparkling Silver ni tujuan dia untuk memberikan effect merelip bila dia kena cahaya matahari.


Step 6 : Tampal bahagian bawah untuk elakkan terkena 

 merah yang akan di spray nanti kod 1108 Samurai Paint Yamaha Red (Biarkan kering 15-30 min).

Tape perlu di tutup dengan rapi utk elakkan lebihan spray terkena tempat yang tidak diingini


Step 6 : Tampal bahagian selain bintang untuk elakkan terkena kuning yang 

akan di spray nanti kod 1102 Samurai Paint Honda Yellow (Biarkan kering 15-30 min).

Sekali lagi di ingatkan utk pastikan warna merah yang di spray tadi betul2 kering utk elakkan cat jadi tertanggal.


Step 7 : Tampal bahagian atas untuk elakkan terkena blue purple yang 

akan di spray nanti kod 71 Samurai Paint Daytona Violet & 1103 CTM Honda Blue

(Biarkan kering 15-30 min).

Spray satu lapisan nipis bagi samurai paint kod 71 daytona violet & tutup sepenuhnya pakai samurai paint kod 1103 CTM Honda Blue.


Step 8 : Buka semua masking tape setelah di yakini kering dengan berhati-hati & spray clear samurai paint 2k01

Spray 2k01 samurai spray paint sebanyak 4 lapisan & setiap lapisan selang

8 minit untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku. Untuk lapisan pertama cukup

dengan spray 1 lapisan nipis & selepas 8 minit spray secara menyeluruh

menutupi semua permukaan.


Jadi korang dah dapat la gambaran sedikit sebanyak pasal masking tape & samurai paint ni. So kalau korang ada idea yang korang dah buat pakai samurai paint boleh contact kita kat sini.

More info about samurai paint : Spray Product

 





Monday, April 19, 2021

Masalah Cat Gigit

Mengatasi Masalah Cat Gigit Samurai Paint




 1) Buang kesan gigit

- Gosok semula dengan menggunakan kertas pair p320 dengan air sehingga bekas gigit itu hilang ataupun kurang bagi memudahkan Samurai Paint 2K04 dapat menutup kesan tersebut & kemudian cuci sehingga bersih


2) Sembur Samurai Paint 2K04 Epoxy surfacer

- Semburkan Samurai Paint 2K04 Epoxy Surfacer sebagai bahan untuk menutup kesan kerosakan gigit tadi sehingga permukaan menjadi rata

- Pastikan permukaan Samurai Spray Paint 2k04 benar-benar kering.


3) Gosok Samurai Paint surfacer 2k04 (Licinkan Permukaan)

- Licinkan permukaan surfacer tadi dengan gosok guna kertas pasir 800-1000

- Basahkan permukaan & kertas pasir untuk memudahkan proses gosok

- Cuci sehingga bersih dan biarkan kering sepenuhnya pastikan tiada habuk & air yang terlekat pada permukaan


4) Undercoat (Samurai Paint White /Samurai Paint  Silver / Black)

- Sembur warna asas yang ingin digunakan seperti putih/hitam/silver bagi  menyerlahkan warna topcoat yang akan disembur

-   Pastikan warna menutupi keseluruhan permukaan projek.


5) Topcoat (Warna Samurai Paint Pilihan Anda)

- Sebelum semburan dilakukan pastikan permukaan kering dengan sepenuhnya

- Sembur semula Topcoat/warna diatas permukaan yang telah disediakan tadi

- Sebelum menaikkan semburan yang kedua pastikan warna yang telah dikeringkan sepenuhnya


6) Samurai Spray Paint Clear coat (Samurai Paint  K1K atau Samurai Paint  2K01)

- Sebelum sembur Samurai Spray Paint clearcoat (Samurai Paint K1K / Samurai Paint 2k01),  pastikan topcoat (warna samurai paint kegemaran anda) kering dengan sepenuhnya.

- Samurai Spray Paint Clear coat samurai paint akan melindung lapisan cat dan dapat menimbulkan warna, licin dan menambah kilauan serta memberi ketahan kepada topcoat (warna samurai paint kegemaran anda) yang telah disembur.


More info about samurai paint : Spray Product

 

Samurai Paint Tips

 

 Kesalahan yang bakal dilakukan ketika Spray 

  Samurai Spray Paint





 
Samurai spray paint boleh jadi salah satu produk untuk korang hasilkan projek. Samurai spray paint ni kalau digunakan dengan betul, ia dapat memberikan hasil samurai paint yang terbaik walaupun anda masih baru atau tak pandai spray sebelum ni.
 
Orang cakap tak kenal maka tak cinta dengan samurai spray paint ni, sebab mesti korang akan buat benda ni kalau aku tak ingatkan korang bila pakai samurai paint tak kira la sama ada kita korang dah expert atau tak penah guna Samurai spray paint ni. Kalau korang lupa confirm akan jadi masalah Samurai spray paint ni atau ape2 cat sekalipun akan jadi.
 

1. Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah Cat Meleleh.

Cat kalau meleleh dia boleh jadi satu masalah yang besar ya kawan2 sebab kita nak kena tunggu cat tu betul2 kering baru kita boleh betulkan semula. Jadi korang nak kena usahakan Samurai spray paint ni untuk spray lapisan demi lapisan sebab  kalau korang spray Samurai spray paint ni dengan tebal, masalah cat meleleh ni akan jadi.

More info about samurai paint : Spray Product  

2.  Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah spray terlalu dekat dengan projek. 

Masalah yang akan berlaku jika korang spray Samurai spray paint kalau spray dengan jarak yang dekat, ia akan beri risiko yang tinggi utk cat tu menggigit atau orange peel. selain daripada itu, cat akan lambat kering & risiko cat bawah tak kering menyebabkan bila anda tekan projek anda dia akan membentuk cap jari pada projek Samurai spray paint anda.

 

3. Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah semburan tak sekata.

Samurai spray paint ni kalau kejap korang spray menegak kejap korang spray mengiring dia jadi macam ada bahagian yang tebal & kadang2 ada bahagian yang nipis. cara yang betul Samurai spray paint ni korang spray kiri kanan kiri kanan sebanyak dua kali untuk setiap lapisan.

 

4. Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah Tekan Nozzle Samurai Spray Paint dengan tidak sekata.

Samurai spray paint ni kalau korang spray kejap tekan kuat kejap tekan slow dia boleh buatkan korang punya projek tu jadi kulit limau ye. Projek korang pon jadi tak best mata memandang & membuatkan mood anda hilang secara spontan. Jadi korang nak tekan nozel tu secara sekata tau.

5. Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah korang tak bersihkan projek sebelum spray.

Samurai spray paint ni korang nak kena bersihkan projek korang betul2 kalau tak nanti kesan2 minyak atau air yang masih ada pada projek akan menyebabkan projek korang rosak. kalau dah gosok pakai ketas pasir tu kan sila cuci.

Aku rasa setakat ni pasal Samurai spray paint, cukup la aku mengingatkan diri aku & harap boleh jadi korang punya panduan lah ye...


Ni ada beberapa RUJUKAN LINK Samurai spray paint yang korang boleh tengok :


Shopee Samurai Paint : shopee.com.my/samuraipaintmalaysia

Candy Orange RCB Samurai Aerosol Paint

Candy Orange Samurai Paint More info about samurai paint : Spray Product Salam & Hai korang ! Okay kalini punya blog aku nak kasi step p...