Selamat Kembali!!
Okay Geng Samurai Paint,
Dalam blog kalini aku nak share dgn korang pasal Tape-ing. Tape yang aku selalu cadangkan pakai masking tape jenis pape tak kisah janji masking tape.
Ok masking tape ni ada saiz dia start dari 1mm sampailah ke yang paling besar sekali. Biasanya aku beli yang 3mm, 5mm , 12mm dgn 48mm. Sebabnya setiap masking tape ni ada fungsi tertentu. Kalau yang 3mm & 5mm selain daripada untuk buat garisan yang kemas, kita boleh guna dia untuk buat bending atau lengkungan.
Okay setakat ni faham kan pasal masking tape?
More info about samurai paint : Spray Product
Aku nak sambung art yang aku pernah buat bersama2 kawan aku Arip. Ni kitorang amek ilham dari movie marvel tu. Then mula la aku start gosok part yang mana aku nk design. Ni ha hasilnya projek daripada kami :
Step 1 : Penyediaan bahan & Spray Samurai Epoxy Surfacer 2k04
(untuk tutup kesan calar halus & matikan cat lama.)
Korang nak Gosok buang clear lama utk elakkan cat surfacer atau apa2 yang ada pada set tu jadi merekah atau menggigit.
Step 2 : Keringkan Spray Samurai Epoxy Surfacer 2k04
(biasanya proses kering sejam ikut cuaca)
Lepastu licinkan pakai ketas pasir 800 - 1500
Step 3 : Spray warna Samurai Paint Hitam kod 30/109 (Biarkan kering 15-30min)
Ni untuk jadikan warna yang seterusnya lagi mampat & lagi naik. kalau korang nak pakai warna samurai paint silver pon boleh jugak.
Step 4 : Start tampal 3mm punya masking untuk jadikan rangka untuk kita rujuk nanti
Haa kan dah nampak bentuk lepastu baru boleh plan untuk warna.
Step 5 : Spray Samurai Paint Sparkling Silver kod 39 utk
dijadikan undercoat untuk warna seterusnya (Biarkan kering 15-30 min).
Sparkling Silver ni tujuan dia untuk memberikan effect merelip bila dia kena cahaya matahari.
Step 6 : Tampal bahagian bawah untuk elakkan terkena
merah yang akan di spray nanti kod 1108 Samurai Paint Yamaha Red (Biarkan kering 15-30 min).
Tape perlu di tutup dengan rapi utk elakkan lebihan spray terkena tempat yang tidak diingini
Step 6 : Tampal bahagian selain bintang untuk elakkan terkena kuning yang
akan di spray nanti kod 1102 Samurai Paint Honda Yellow (Biarkan kering 15-30 min).
Sekali lagi di ingatkan utk pastikan warna merah yang di spray tadi betul2 kering utk elakkan cat jadi tertanggal.
Step 7 : Tampal bahagian atas untuk elakkan terkena blue purple yang
akan di spray nanti kod 71 Samurai Paint Daytona Violet & 1103 CTM Honda Blue
(Biarkan kering 15-30 min).
Spray satu lapisan nipis bagi samurai paint kod 71 daytona violet & tutup sepenuhnya pakai samurai paint kod 1103 CTM Honda Blue.
Step 8 : Buka semua masking tape setelah di yakini kering dengan berhati-hati & spray clear samurai paint 2k01
Spray 2k01 samurai spray paint sebanyak 4 lapisan & setiap lapisan selang
8 minit untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku. Untuk lapisan pertama cukup
dengan spray 1 lapisan nipis & selepas 8 minit spray secara menyeluruh
menutupi semua permukaan.
No comments:
Post a Comment